Kelas Mahir Pertanian Pintar Modul 7- Semaian Benih Terung

3 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 02 Mac 2026, telah diadakan Kelas Mahir Pertanian Pintar Modul 7 bertajuk “Vertical Farming Pintar: Automasi, Iot & Pengurusan Nutrien Dalam Aeroponik” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Kelas ini berlangsung dari jam 9:30 pagi hingga 11:00 pagi.

Peserta perlu log masuk dalam sistem MTS dan menyertai kelas secara atas talian. Pembelajaran Modul 7 adalah memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep pertanian moden menggunakan sistem aeroponik yang lebih cekap dan menjimatkan ruang. Peserta mempelajari penggunaan automasi dan teknologi IoT untuk memantau pertumbuhan tanaman, kawalan air serta pengurusan nutrien secara lebih sistematik. Modul ini membantu meningkatkan pengetahuan peserta dalam pertanian pintar yang lebih produktif, moden dan berteknologi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali